Isnin, 10 Disember 2012

Keluaran Khas & Terhad Syiling Malaysia 1990 (Coin Card)

Syiling Malaysia 1990 Keluaran Khas & Terhad versi Bahasa Malaysia dan Inggeris

BANK NEGARA MALAYSIA

Di tubuhkan pada 26hb. Januari, 1959 yang ketika itu dikenali sebagai Bank Negara Tanah Melayu, Bank Negara Malaysia berfungsi sebagai bank pusat yang objektif utamanya adalah sebagai pengeluar matawang, penasihat kewangan kepada kerajaan, mewujudkan kestabilan struktur kewangan dan suasana kredit yang sihat.


Bank Neraga Malaysia mula mengeluarkan matawang Malaysia pada 12hb. Jun, 1967. Keluaran pertama duit syiling Malaysia adalah terdiri daripada 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, dan 50 sen. Serentak dengan pengeluaran duit syiling tersebut, Bank Negara juga mengeluarkan wang kertas yang jenisnilainya terdiri daripada $1, $5, $10, $50 dan $100. Wang kertas untuk jenisnilai $1,000 dikeluarkan pada tahun 1968 sementara wang kertas jenisnilai $20 dan $500 dikeluarkan pada tahun 1982.


Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling rekabentuk baru bagi jenisnilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan $1 pada 4hb. September 1989. Pengeluaran duit syiling rekabentuk baru ini adalah bertepatan dengan waktunya memandangkan duit-duit syiling siri lama telah berada dalam edaran selama lebih dari 20 tahun. Rekabentuk bagi duit-duit syiling siri baru ini adalah lebih mirip kepada identiti Malaysia dengan menggambarkan artifak-artifak budaya di negara ini.

SPESIFIKASI TEKNIKAL

Nilai Muka
1 Ringgit
50 Sen
20 Sen
10 Sen
5 Sen
1 Sen
Logam
Cu:84, Zn:12, Sn:4
Cu:75, Ni:25
Cu:75, Ni:25
Cu:75, Ni:25
Cu:75, Ni:25
Copper Clad Steel
Berat
(Gram)
9.30
9.33
5.66
2.82
1.41
1.74
Garis Pusat
(mm)
24.50
27.76
23.59
19.40
16.25
17.78
Ketebalan
(mm)
2.60
2.18
1.75
1.37
1.04
1.26
Tepi
Milled
Huruf Ukir
Milled
Milled
Milled
Rata

REKABENTUK BAHAGIAN DEPAN


Keris 
(1 Ringgit)

Keris merupakan sejenis senjata tradisional Melayu yang melambangkan kekuasaan dan kekuatan. Ianya merupakan salah satu lambang utama dalam pentadbiran beraja di Malaysia. Dahulu ianya merupakan senjata, kini keris digunakan dalam istiadat tertantu dan ianya juga merupakan satu hasil karya seni. Rekabentuk latar belakang bermotifkan tenunan songket.


Wau
(50 Sen)

Wau merupakan satu permainan masa lapang yang popular semasa musim berangin terutama di kalangan penduduk pantai timur Semenanjung Malaysia. Ianya memerlukan kemahiran, ketangkasan dan pengalaman untuk membuat dan melayangkannya. Wau juga kadangkala menjadi alat perhiasan dinding rumah di Malaysia.



Tepak Sirih
(20 Sen)

Tepak Sirih yang diukir cantik digunakan untuk menyimpan daun sirih serta rencah-rencahnya. Ia biasanya digunakan di upacara tertentu dan merupakan satu adat menyambut tetamu di kalangan orang Melayu.



Congkak 
(10 Sen)

Papan Congkak digunakan untuk permainan tradisional masa lapang di rumah di perkampungan Melayu oleh kanak-kanak dengan menggunakan biji guli. Ianya diperbuat daripada kayu dan mempunyai beberapa lubang. Permainan ini mempunyai beberapa peraturan dan dimainkan oleh dua orang. Papan congkak biasanya diletakkan di atas tikar anyaman tradisional yang banyak terdapat di perkampungan Melayu.

Gasing
(5 Sen)

Permainan Gasing merupakan satu sukan yang menghiburkan di kalangan penduduk pantai timur Semenanjung Malaysia. Ianya popular sewaktu musim padi masak dan dipercayai membawa hasil tuaian yang lumayan. Pertandingan gasing menarik perhatian ramai kerana masing-masing berusaha menewaskan antara satu sama lain.


Rebana Ubi
(1 Sen)

Rebana Ubi adalah sejenis gendang berwarna-warni yang diperbuat daripada kulit tebal berlilitkan rotan di bahagian tepi dan kayu tebak di bahagian bawah. Ia biasanya dipalu secara berkumpulan lima orang di majlis-majlis perkahwinan. Paluan Rebana Ubi juga dilakukan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu.

REKABENTUK BAHAGIAN BELAKANG


Di bahagian belakang keenam-enam jenisnilai tersebut mempunyai rekabentuk yang sama dan menggambarkan bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya terletak pada bahagian tengah atas duit-duit berkenaan dengan angka jenisnilai di bawahnya. Perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA' terdapat di sepanjang lilitan sebelah atas duit syiling tersebut manakala tahun yang menunjukkan duit syiling tersebut ditempa, terletak di bahagian bawah.

Kod:00.81
Coin Card keluaran khas dan terhad Syiling Malaysia 1990 ini dikeluarkan dalam dua versi iaitu versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU versi Bahasa Malayu adalah diantara RM17 - RM20 sementara versi Bahasa Inggeris pula adalah antara RM19 - RM22.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan